Monday, April 14, 2008

L@w@k...

Cerita toyol dan seorang tua...........
Ada seorang tua di zaman dahulu kala, dia ni sungguh pandai lagi bijaksana, kerana dia ada melihara seekor toyol. Toyolnya akan memberitahu apa sahaja yang dikehendaki oleh si tua tadi. makanya si tua itu amat ormati oleh orang banyak kerana kepandaiannya itu.
Maka hendak dijadikan cerita tibalah pada hari kematiannya, lalu berpesanlah Si tua tadi kepada toyolnya
"toyol.. sebelum aku mati aku hendak engkau menjalankan tugasmu untuku yang terakhir. Sebelum aku dikebumikan, tolong tuliskan jawapan yang mesti aku jawapkan apabila malaikat soalkan nanti.
Tuliskan jawapan yang diberikan oleh imam itu pada kain kapan ku, samji?"
"orait bos!" kata si toyol itu. "baguih" kata si tua itu. Maka sekoyong koyong kemudian, 'padam'lah si tua tersebut. Makanya setelah selesai mayat si tua itu di kapankan dan telah selamat Juga dia dikebumikan barulah toyol tersebut teringatkan pesanan si tua itu tadi. Aiseh Man! aku terlupa la nak tuliskan jawapannya yang pak imam bagi tadi, takpelah bos aku terer, pandai-pandailah dia menjawapnya nanti" kata si toyol durhaka itu.
Sebaik sahaja semua hadirin meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah malaikat mungkar dan nakir. "MAROBBUKA" tanya si malaikat tadi. Si tua itu dengan
penuh cool nye lagi berlagak macho pun bangun sambil mengeliat. Dia menjangkakan toyolnya telah menulis jawapan pertanyaan malaikat itu pada kain kapannya. Dia pun teruslah membelek kain kapannya untuk mencari jawapan bagi soalan tersebut.
Tiba tiba dia ternampak satu tulisan pada ujung kain kapannya. Dengan penuh konfiden lagi bersemangat patriotik dia pun menjawap dengan lantang. "MADE IN CHINA !!!" Apa lagi 'PIAP', dapat seliang, 70 kaki masuk ke dalam tanah.

0 comments: