Monday, April 14, 2008

RM20 jer...

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letihdisambut oleh anaklelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.
Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya... nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuktanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anakmula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh... " si anak menjawab sambil tunduk kebawah.
Kemudian memandang wajah ayahnya ambilbertanya, "Ayah... .boleh tak Amin nak pinjam 10ringgit dari ayah?".
Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu kesebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nakbuat apa nak mintak sampai 10 ringgit ?nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayahkerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan.Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dahni... "
Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahanmelangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk diatas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya ygsekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untukkeperluan di sekolahnya kerana anaknya tidakpernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menujubilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknyamasih belum tidur.
"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit10 ringgit ini", berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang."Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira.
Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnyadan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudahrenyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.
"kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamudah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapatduitdi bawah bantal itu?" jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya."duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayahberi tiap hari.
Amin minta lagi 10 ringgit dari ayahsebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan."Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah.
"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit.
Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nakayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makanmalam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa beranimemandang wajah ayahnya.

0 comments: