Monday, April 14, 2008

su@mI...

September 19, 2005
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'MahkotaMedical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual danbadanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada.Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor danternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agakdah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akanpastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagiisteri saya.
Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan takboleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalamantak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebabdia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memangmacam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahumacamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membacaAl-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelummengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isterisebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagiisteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Sayabermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalughairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana adaayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak,apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluarbidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar emaildan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil.
Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapasahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralahanak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang palingsesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawahsedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidurhanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah denganhalus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan NabiMuhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalamhati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampaimengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannyasaya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkansolat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang andainginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersamadengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataananda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan dirisaya dan anda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernahbertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidikHanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengarpernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusiayang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikanoleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh,manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididiksejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yangbulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anakdan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perutisteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungiAllah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Sayabacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalukuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Sayabaru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi sayasemenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hinggakini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar.Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akanbercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak,tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yangditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahuisiapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akanwujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yangteddy bear adalah'mama'nya seperti saya.
Air mata ini mengalir lagi.Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyaktertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesanguruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan kekamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintangtimur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidupsaya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepadasaya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalamhidup saya

0 comments: